? ??????????????Spring Break? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??86 Grabs Today. 86 Total Grabs. ????
??Get the Code?? ?? ?????Lotus? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (195 Ratings)??80 Grabs Today. 51319 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????One Word Frees Us? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (3 Rati CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Friday, March 20, 2009

SEJARAH PALESTIN

SEJARAH SILAM

Palestin adalah tempat yang bermakna bagi umat Islam kerana di situlah merupakan pusat kenabian. Ramai nabi yang telah diturunkan ALLAh di tanah suci Palestin.

Namun begitu orang-orang YAhudi telah menuntut Palestin dengan alasan bahawa mereka adalah penduduk asal Palestin walhal menurut kajian Sejarah, penduduk asal Palestin adalah kaum Arab yang diberi nama Kanan (Kan-An) yang mula menetap di sana pada tahun 2500S.M.

Bani Israel berasal daripada keturunan Nabi Yaakub. Nabi Yaakub yang menetap di Palestin mempunyai seorang anak yang bernama YAhuza (di sinilah asalnya nama Yahudi). Selepas peristiwa pengkhianatan Nabi Yusuf oleh saudara kandungnya sendiri, pusat kenabian telah berpindah ke Mesir (sehinggalah zaman Nabi Musa)

Semasa Nabi Musa melarikan diri daripada Firaun, baginda telah membawa rakyatnya (bani Israel) kembali ke Palestin. Namun begitu mereka tidak mahu memasuki Palestin kerana pada masa itu Palestin diperintah oleh bangsa lain. Oleh kerana itu, Allah telah menyesatkan mereka di padang pasir selama 40 tahun sehinggalah Nabi Yusa’ (dikenali sebagai Joshua) memimpin Yahudi memasuki tanah suci Palestin pada tahun 1190S.M.

Di dalam Al-Qur’an ada disebutkan kisah Nabi Daud dan tentera Raja Talut. Raja Talut telah menganugerahi takhta kerajaan Palestin kepada Nabi Daud. Ketika inilah bermulanya kerajaan Yahudi di Palestin. Nabi Daud telah menukar nama bandar pemerintahannya daripada Madinatussalam kepada Jerusalem(Hebrew) pada tahun 995S.M.

Kemudian Nabi Daud telah digantikan oleh Nabi Sulaiman. Pada zaman inilah merupakan zaman kegemilangan Yahudi. Orang Yahudi percaya bahawa Nabi Sulaiman ada membina gereja yang bernama ‘Haikal Temple’ di Jerusalem.

Selepas kewafatan Nabi Sulaiman, Palestin terbahagi kepada dua. Yang pertama ialah ‘kingdom of Israel’ yang kemudiaannya telah ditewaskan oleh kerajaan Parsi. Bahagian yang kedua ialah ‘Kingdom of Yahudi’ yang tewas di Nebuchadnezar. Orang Yahudi kemudiaannya telah dihalau ke Iraq dan tidak dibenarkan masuk ke Palestin lagi (500-anS.M.)

Pemerintahan telah bertukar tangan daripada Parsi kepada Alexander The Great dan seterusnya kepada Rom (63S.M) sehinggalah Umar al-Khattab mengambil alih Palestin pada tahun 638Masihi.

Dapat disimpulkan bahawa Yahudi hanya menjadi kerajaan di Palestin selama 4 kurun sahaja sedangkan pemerintahan umat Islam ialah selama 12 kurun.

SEJARAH MODEN

Napoleon Bonaparte ialah orang yang bertanggungjawab membawa kembali seramai 5000 orang Jews(Yahudi) ke Palestin pada 20 April 1799. Tujuannya adalah untuk mengkucar-kacirkan kerajaan Uthmaniyyah. Selepas Perang Dunia Pertama(WW1), bangsa Yahudi yang tinggal di Palestin cuma 55,000 orang (8.4%). Selebihnya adalah orang Arab.

Sejarah moden ini terbahagi kepada 5 :

Fasa 1 : 1880 – 1917

Pada tahun 1897, World Zionis Organization (pertubuhan Yahudi sedunia) telah ditubuhkan dan kongres yang pertama telah diadakan di Swiss pada tanggal 27-29 Ogos 1897. British telah diminta supaya menyokong pertubuhan tersebut. Sebelum WW1 meletus, kerajaan Uthmaniyyah melarang orang Yahudi membeli tanah di Palestin tetapi larangan tersebut telah ditarik balik selepas peperangan tersebut.
Semasa WW1, British telah mengadakan perjanjian dengan 3 pihak iaitu perjanjian dengan Perancis dan Russia tentang pembahagian kwasan kemenangan(jika mereka menang), perjanjian dengan Raja Husin supaya menolong melemahkan kerajaan Uthmaniyyah melalui semangat nasionalisme, dan perjanjian terakhir dengan Zionis yang ketika itu menguasai Amerika. Tujuannya adalah agar dapat melobi Amerika menyertai pasukan British dalam peperangan. Sebagai balasan, Palestin akan diserahkan kepada mereka. Ini dinamakan ‘Belfa declaration’.

Fasa 2 : 1917 – 1948

Kawasan Palestin dikenali sebagai trans Jordan ketika itu. Pada tahun 1924, kerajaan Uthmaniyyah telah tumbang (pertama kali dalam sejarah umat Islam tidak ada sistem khalifah). Liga Bangsa-Bangsa (PBB masih belum wujud) disuruh menerima ‘Belfa declaration’ antara British dan Yahudi. Pada 24 Julai 1922, diklarasi itu diterima dan orang Yahudi yang masuk ke Palestin semakin bertambah. High Commisioner British di Palestin adalah orang Yahudi. Tekanan seperti cukai yang sangat tinggi telah dikenakan kepada penduduk Palestin supaya mereka menjual tanah mereka. Pada waktu ini, Jihad Palestin mula ditubuhkan.
Bermula tahun 1929, umat Islam di sana mula bertempur dengan pihak British. Fatwa yang mengharamkan penjualan tanah kepada Yahudi telah dikeluarkan pada tahun 1935. Sepanjang tahun 1929-1939, banyak pertempuran telah berlaku tetapi gagal. British telah mengeluarkan kertas putih yang menyatakan kerajaan Palestin akan ditubuhkan pada 10 tahun lagi (1949) yang akan diperintahkan oleh Arab dan Yahudi.
Pada tahun 1944, cuma ada 75,000 orang Yahudi di Palestin dan British berjanji bahawa tidak akan ada lagi orang Yahudi yang akan masuk ke Palestin kecuali dengan izin orang Arab di situ.
Selepas Perang Dunia ke-2, iaitu pada tahun 1947, telah British membincangkan isu Palestin di PBB. Resolusi 181 PBB menyatakan yang PBB bercadang membahagikan tanah Palestin dengan 2.55% kawasan diberi kepada Yahudi dan selebihnya kepada Arab. Namun begitu, Yahudi masih tidak berpuas hati dan inginkan lebih banyak penguasaan. Ikhwanul Muslimin mula ikut berperang di Palestin ketika ini. Pada 14 Mei 1948, Israel diisytiharkan sebagai negara dan Arab diusir secara beramai-ramai.

Fasa 3 : 1949 – 1967

Yahudi semakin meluaskan penguasaannya. Akhirnya mereka berjaya menguasai seluruh Paelstin, Semenanjung Sinai dan Golan. Mereka merancang untuk menubuhkan Israel Kubra yang meliputi kawasan ini termasuk Iraq dan Madinah kerana mereka pernah menetap di sana. Yaser arafat kemudiannya telah menubuhkan Al-Fatah, satu gerakan untuk menentang Yahudi pada tahun 1957. PLO ditubuhkan pada tahun 1974 dan dianggap mewakili orang Palestin.

Fasa 4 : 1967 – 1987

PBB mengeluarkan resolusi 3236 pada tahun 1975 yang menyatakan hak orang Palestin menubuhkan negara di Palestin. Pada tahun 1967-1970, perang berlaku antara kawasan timur Palestin dengan Israel. Keputusannya Israel telah kalah. Perang itu dinamakan ‘Peperangan Karamah’. Pada tahun 1989, PLO yang diketuai oleh Yaser Arafat telam menukar cara, daripada peperangan kepada perbincangan.

Camp David adalah perjanjian di antara Mesir dengan Israel yang telah ditandatangani pada tahun 1978, Israel bersetuju untuk keluar dari Palestin dengan syarat Israel diiktiraf. Pada masa itu, semangat orang Arab jatuh teruk. Pada tahun 1987, HAMAS telah ditubuhkan. Hamas ditakuti oleh orang Yahudi kerana penyertaannya adalah dari golongan pelajar dan profesional.

Fasa 5 : 1987 – 2000

Perang Teluk telah menyebabkan bantuan daripada negara-negara Arab kepada pejuang di Palestin deberhentikan. Hal ini bermaksud perjuangan di Palestin tidak mendapat sokongan terutamanya dari segi kewangan.
Pada tahun 1993, terdapat perjanjian damai OSLO di mana PLO(Yaser Arafat) telah diberi peluang memerintah Gaza dan Jericho. Bagi orang Yahudi, mereka tidak memerlukan tempat tersebut kerana mereka berpendapat tempat tersebut adalah celaka. Arafat pula cuma mentadbir lima perkara iaitu kesihatan, pendidikan, perhubungan, cukai dan pelancongan. Urusan lain diuruskan oleh Israel. Kerajaan Arafat tidak dibenarkan memiliki senjata kecuali pihak polis supaya dapat membanteras keganasan. HAMAS menjadi serba salah untuk menyerang Israel kerana bimbang terpaksa berperang dengan orang Muslim sendiri.
Pada 18 Mei 1994, Palestinian Authority telah ditubuhkan. Kerajaan baru ini diiktiraf oleh sesetengah negara tetapi tidak diiktiraf oleh negara-negara seperti US dan UK. Semasa pentadbiran Clinton, empat kementerian diketuai oleh Yahudi. Antaranya Finance, Albright, Defence. Daripada 11 orang senator, 7 orang adalah Yahudi.

fasa 6 : 2000 – sekarang

pada 28 September 2000, Sharon bercadang untuk menziarahi Al-Aqsa. Maka berlakulah intifadhah ke-2. ini membawa sinar baru dalam perjuangan menentang Yahudi. Jika dahulu penentangan adalah atas dasar semangat kebangsaan Arab, sekarang perjuangan adalah atas nama agama. Jika dahulu nisbah kematian ialah 25 yahudi : 1 Palestin, tapi kini 3 Palestin : 1 Yahudi.
disediakan oleh
BIRO TARBIYAH
BPA

0 comments: