Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sok
ongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.
Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan?..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
Hawa , Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam
Friday, January 16, 2009
Dari hawa untuk hawa
Posted by khaalah fitri at 1/16/2009 11:19:00 AM 0 comments
Labels: hari yg tenang
mengertilah

Adam,mengertilah…
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas…
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..
Adam,mengertilah…
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia…
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan…
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..
Adam,mengertilah…
Hawa ini berjiwa lembut…
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta…
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat…
namun, Hawa lemah…
Hawa takut zina hati…
Adam,mengertilah…
setiap kali ’sms’ diterima..
Hawa keliru…
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat…
Hawa tewas…
Hawa reply juga…
mengenangkan Adam adalah sahabat….
Adam,mengertilah…
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..
Adam,mengertilah…
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah ‘couple’ yg Hawa pinta…
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya…
Adam,mengertilah…
Posted by khaalah fitri at 1/16/2009 11:12:00 AM 0 comments
Labels: hari yg tenang
Sunday, January 4, 2009
istighfar ku moga diampuni segala dosa2 ku..

hari ni ku saja membuang ms mlihat2 fs tman2 ku...MASYAALLAH...aq tharu...mereka bgus2..tp aq sgt kesal..mereka tenggelam dlm kejahilan yg xdisedari...persahabatn...apa erti persahabatan??apa dasar persahabatan yg sebenar ny??PERLU kah bersahabat seorg lelaki dan seorang wanita yg bkn mahram..
aq t'keliru..aq t'cari..di manakah silap ny??smpai pmikiran begini meracuni minda ank2 pascamerdeka..??walhal..kta sudah lama terbebas dr penjajahan..kta sudah merdeka..tdakkkkk.!!!hakikat ny kita blom merdeka...minda kita masih terjajah...terjajah oleh anasir2 negatif..yg hanya bisa merosak kn aqidah kita..plajar aliran agama malah lebih dasat dr pljr alirn biasa..mereka tahu hukum..tp mereka xnk mengakuiny...knpa??mereka egois..mereka mengatakan.."aq xsalah..kami cma b'kawan.."
tman..tlg katakan padaku..apa erti ny b'sahabat bg kalian..apa kalian kira halal p'sahabatan d antara seorg yg bergelar lelaki dan wanita yg bkn mahram???!!apa kau kira halal teman ku??!!!jwb tman2 ku!!!aq merenung kembali..
tman ku..ku nukil kn isi hati ku ini bkn lah utk menunjuk kn aq ini baek..bahkan aq t'lebih jahil dpd kalian..aq sdar..ilmu ku t'lebih cetek dr ilmu kalian..result PMR ku cma biasa2 sj..tp aq mrasakan..tdak ad salahny aq berkongsi apa yg bermain dlm benak fikiran ku sjak akhir2 ini...
Posted by khaalah fitri at 1/04/2009 10:47:00 PM 1 comments
Labels: hari yg tenang
Friday, December 12, 2008
usrah gabungan
hari ni tanggal 12/12/2008..telah diadakn usrah gabungn tuk mereka yg bglar remaja...ttp.hahaha..majoriti yg hadir sume dak smi..sorg ja dak imtiyaz...tu pom geng ktorg..hakhakhak..nk wat cne...da inform last minute tu gak..huhu...
usrah ptut start kul 930..tp aq smpai lmbt..(da mlmh amek aq lmbt)huhu....tp sgala ny bjalan lancar...ms aq smpai tu..br ja start taaruf..so aq xdak la ktinggalan..sesi usrh ni dikendali kn oleh kakak yg blom ami knali..tu yg kna taaruf dlu..ms taaruf tu kna ckp..nama, tmpt tinggl,umur,matlamat hidup n signifikan...oh ye..lpe..lg 1 nama pnggilan..huhu...
kakak2 yg hndle usr ni sgt best..derg mmg ramah n baek..aq ska la..yg sorg tu nama die kak ummu atiqah..yg sorg lg aq xingt la nama pnuh die..yg aq ingt nama die ksyahidah..tp die suh pnggil ksyaheed..dua2 kakak ni cumey2 n lawa2 n manis..hehehe..sdap mata memandang..huhu...derg blaja kt IPBA(nstitut perguruan bahasa antarabangsa)...tp aq xingt nama course yg derg ambek...hehe.. >.<
lpas sesi taafur...kakak2 pcah kn kami kpd 2 kump..group 1st dak f1,f2...group aq,dak f3,f4,f5...group kami cket ja...group junior yg rmai...smangat btoi derg dtg program ya..senior2 jgak yg mls..hehehe...bese la..bdak bsar..huk3...
group aq...k.ummu yg handle..kmaryam tlg bantu...mla2 derg bntg kn tafsir taw..tafsir surh an-nas...pastu kakak2 ajk kami b'bincg tjuk manifestasi syahadah..apa yer manifestasi syahadah???ha..yg tu nnty aq cte len kali...tp yg pst mmg best la usr ni...aq bangga ngn sume kawn2 f3 aq yg dpt hadir rie ni...mmg bngga abes la...huhu...ALHAMDULILLAH sume urusn bjalan lncar...
nama : nurul hikmah omar
nama panggilan : hikmah (never call me imah)
umur : 15 tahun -2008-
matlamat : Inna sholâti wanusuki wa mahyâya wa mamâti LiLLâhi Robbil 'Alamiin..
signifikan : cuklat.. (aduh..sumguh lazat)
Posted by khaalah fitri at 12/12/2008 05:02:00 PM 0 comments
Labels: hari yg tenang
Sunday, December 7, 2008
siapa bedul??
ini ada satu crita.. anda nilai lah sendiri samada cerita ini aneh atau lucu..begini kisah nya :
bedul seorang pemuda yang miskin dan tidak berpelajaran. arwah bapa nya adalah seorang hartawan tetapi meninggal dunia semasa bedul masih kecil.
antara harta pusaka yang ditinggal kn utk bedul ialah sebuah kereta yang t'simpan dlm garaj di rumah ny. kereta ini masih elok, tetapi bedul tdak pernah menaiki ny kerana dia tidak tahu memandu dan tidak mempunyai lesen. dia b'jalan kaki sahaja jika hndak k mana2.. bila org tny knpa tdak ambil lesen memandu, Bedul jawab "masa aq habis dgn b'jalan kaki balik ke rumah.mana ada masa nk buat lesen."
suatu pagi, jiran nya uncle raju mengajak ny ke pekan dgn menaiki basikal. bedul yg selama ini b'jalan kaki sahaja, merasa kagum dan seronok kerana basikal yg ditumpang ny bergerak lbih laju dan sampai ke pekan lebih awl dr kebiasaannya..
lalu mulai hari itu, dia menumpang basikal uncle raju setiap kali ada peluang.. kereta pusaka arwah ayah ny??tersadai xterusik...
siapa bedul?? dia adalah kiasan utk org melayu islam yg tdak pernah belajar solat, tdak pernah solat dalam erti kata yg sebenar ny(hanya sekadar ikut2 sahaja). dan pasti ny tdak pernah merasai nikmat ketenangan khusyuk dalam solat serta fadhilat solat yg menyihat kn mental, fizikal, dan emosi.
apabila suatu hari mereka ini cuba mengamal kn yoga(yg b'asal dr agam n budaya hindu), mereka dpt merasa suatu ketenangan yg belum pernah dirasai sebelum ini. maklum lah..tak pernah solat!!!
Posted by khaalah fitri at 12/07/2008 12:27:00 PM 0 comments
Labels: santapan ku..
Saturday, December 6, 2008
nak tunjuk cantik pada siapA???
semasa sy m'berikan kuliah kpd 1 kump wanita yg tdiri dpd golongan profesional tmasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yg diingini ny tmasuk yg seksi.. lalu, semasa kuliah ini, sy mengambil peluang b'tny kpd kump wanita ini soalan b'ikut.. :-
"apakah agaknya sbb wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai?? dengan skirt pendek atau bj sendat dan nipis?"
ada di antara mereka mula m'berikan pandangan.. tetapi kerana tlalu rmai yg b'cakap, sy tdak m'dgr butiran ny.. apabila sy meminta seorg wakil, seorg m'jwab dgn yakin..
"untuk nmpk cantik ustaz.." kata ny sambil t'senyum malu.
sy b'tanya pula : "agk ny kpd siapa nk ditunjuk kn kcantikn tu??"
"tentu lah kpd kaum lelaki..kaum wanita pun iye juga.." sambung ny.
"baik lah, jika lelaki t'sebut sudah t'goda dgn kcantikan itu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yg dilihat ny..boleh tak??" tanya sy ingin menguji..
"isyh..ustaz ni..tentulah x boleh ustaz..dah kira 'sexual harassment (gangguan seksual) tu ustaz.." dengan yakin sekali hujah ny kali ini..
"jika demikian, tidak kah para wanita merasa kn, tindakan mereka yg memaparkn bahagian yg menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kpd lelaki??" tambah sy..
"erm..mcm mana tu ustaz??" tny mereka dgn nmpak sedikit bingung smbil berkerut dahi..
"ye la, bila org laki yg dah naik syahwat ny tu, krana kecantikan peha wanita tu contoh ny, mestilah tganggu syahwat ny..lalu tdetik keinginan seksual ny scara tdak tkawal" .. "kerana itu sy kata kn bpakaian seksi adalah satu bntuk gangguan seksual kpd org lelaki di sekeliling ny..
"cba bayg kn, kucing yg lapar di acah2 dgn ikn 'fresh' yg digoyang2 kn di depan ny..tentu geram si kucing tu..malah silap hari buln, tntu diterkam ny muka org yg mengacah juga" tambah sy lagi m'beri keyakinan..
"tapi perlu diingat, xsuma kucing akn terkam..hanya yg amat lapar dan liar ja..demikian juga lelaki..xsemua gagal kawal nafsu ny, tetapi tdak dinafikn bahawa ramai juga yg gagal n liar "
"akhirny, kerana suasana yg tak sesuai, mgkin krana ramai org dan di tempat awam pula, terselamat lh wanita seksi tu dr terkaman lelaki liar td.. masalah ny, ank2 perempuan kecil berumur 7-12 tahun yg mgkin mjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini..dan ketika itu, samada wanita bertudung, b'jubah, kanak2 n sbg ny tdak lg mampu menahan nafsu lelaki spt ini. asl kn suasana ckp sesuai (sunyi n jauh dr pndangan rmai), akn dilepas kn nafsu ny secara kekerasan." terang sy dgn pnjang lebar.. mereka mengangguk dengan wajah serius kali ini..
(petikan dpd buletin MINDA-AKHIRAT)
Posted by khaalah fitri at 12/06/2008 02:08:00 PM 0 comments
Labels: santapan ku..
Thursday, December 4, 2008
di kala senja ini...
erm..hye.. >.< (uwaaa...xdak idea nk tulis per) huk3.. erm...nk tulis pe ek?? ni adalah blog ptama ku.. (walaupom aq da pnah buat sblm neh..hehe) jd aq xtahu la nk tulis apa..sbb aq ni bkn ny pakar sgt bab mengarang ni..huhu..lalalala.. erm..cuma apa yg aq harap kn..blog ni mampu dikongsi oleh suma org yg t'jumpa ny..huahuahua... erm... k la..chow lu..daaa.. (n_n)
Posted by khaalah fitri at 12/04/2008 07:58:00 PM 0 comments


